Baby Fruit? Anak Buah and Buah Kabung

posted under , by Ayenxz Abraham

Attentions!!....This is not my baby okeh...ini adalah koleksi anak buah ku yang terbaru...(x la baru sangat kot...)...aku baru ada 3 anak buah...so Uncle Ayenxz or Pakcik Naz or Pak Teh if U please my dear.....

BTW....Yana....ko amik la gamba ni...nanti aku nak delete pos ni dgn segera coz xmo kena saman dengan empunya baby...dah kena lectz nanti xkan baru nak delete kan..hohoho....

And another things....kalo lama xupdate tu ngertilah bahawa aku sedang headbanging dengan monitor akibat PSM...bukan PMS eh...

TITLE PSM aku: ALAM MISTIK: DERIA KE ENAM

GEMPAK X!!??

hohoho.....
nak screen capture x?
tunggu aku sinang sikit ha....

Eh...janji nak bagitau apa itu buah kabung kan? Kalau Rosie,isteri Phua Chu Kang panggil attap chee....



THE BUAH


THE POKOK....


Dipetik dari Wikipedia MS


"Pokok Kabung atau juga dikenali sebagai pokok Enau di Indonesia, (bahasa Inggeris: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya Arenga pinnata(<--ini bukan pinata!!)

Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma (sedara mara Kelapa!) yang mempunyai daun bak bulu burung(chewahhh... ). Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.

Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun, dengan bunga jantan (lelaki) dan bunga betina (gadis) terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung menghasilkan todi (bukan brandy haaa...)yang boleh dijadikan cuka atau gula.

Buah Pokok Kabung berjuntai-juntai (lucah betul....) sepanjang 1.5 meter (5 kaki)(HEBAT!). Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal (atau miang jika dimakan oleh lelaki tua xsedar diri...)

Di Kampung Gajah, Perak, tandan buah kabung dikait dengan pengait (bukan untuk kait baju...) setinggi 30 kaki atau pokoknya dipanjat. Pokoknya ada rerambut seperti pada Pokok Kelapa tetapi lebih banyak, tebal, berwarna hitam dan agak menakutkan (SERAM? ye la tu...). Buah kabung dileruikan(lerai la...) (dipisahkan) dari tangkainya dan direbus dalam tin minyak tanah yang telah dibersihkan (sila basuh tin minyak tanah tersebut terlebih dahulu untuk mengelakkan buah tersebuh jadi ala flambee ...).

Setelah 1-2 jam ditebus (rebus la...mana jadah lak tebus ni?), buah tadi dibelah dua atau tiga (atau empat dan seterusnya..). Ada tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar (ada juga yang kecil...kita xdijadikan sempurna..). Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang liat. Warnanya putih jernih (serta suci hatinya....). Agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam dan diberi pewarna...(juga kadang kali diberikan hadiah jika Krismas atau pabila tiba harijadinya..)

Buah kabung kekadang disebut sebagai buah kantor (jika ianya dihidang di kantor2 polis) . Isi kantor ini dihidangkan sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri (tetapi bukan sebagai duit raya...) . Ada juga yang dijual di pasar Ramadan di Kampung Gajah, Perak. (ini seriusly promosi ni...hmmm)

Biji buah Pokok Kabung merupakan buah atap yang lut cahaya dan yang merupakan salah satu bahan ais kacang. (atau dikenali juga dengan ABC)

Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.

Tamat Wikipedia

Okeh...tu la...baca blog aku pun bley tambah pengetahuan jugak kan?

We see you when we see you....babaiii....

1 Komen Mengomen

Make A Comment
Related Posts with Thumbnails
top