Rangup Dan Berempah:PAPADOM!!

posted under by Ayenxz Abraham
Wooo...semalam aku tgk wayang.Sesaja kuar, sebab adik aku akan balik esok hari (14hb)...so kitorang tengoklah citer Adflin Shauki yang terbaru...PAPADOM

Kes tarik menarik papadom...


Ala-ala sinopsis dan review


Mengisahkan Anuar dan Azizi yang suka makan nasi kandar...ehh...silap..(lawak ini hanya difahami oleh rakan terdekat sahaja...)...Saadom starring Mr.Afdlin dan Isterinya Moon (Noorkhiriah) yang mulanya membuka sebuah kedai Nasi Kandar yang amatlah sederhana..oleh kerana resepi Papedom (ala..yang keropok garing2 tu...) Saadom yang lazat plus saiznya XXL tu (ehemm...saiz papedom nye...bukan saiz badannya...)..kedainya menjadi amat fofulerr..Kisah org kahwin..xlama pastu dapat anak...

Oleh kerana bestnya nasik kandar si saadom ni..dia ada bisnes partner dan berhajat nak expand bisnesnya..ala2 nasi kandar pelita la...minus tha machaa...oleh kerana bizi sangat keje, sampaikan hal2 penting bagi sebuah keluarga mcm hari jadi anak dan hari anaknya dapat anugerah pon dia bleh terlepas..Si Isterinya yang hangin satu badan ngan perangai hubbynya membebel dalam kete..(pss..guna hp plak tu...)..Nak dijadikan iktibar..maka Eksiden la bininya..(moral:Jangan guna henset masa memanduu!!)..

Apa jadi pas tu? Bapanya yang rasa bersalah tahap cipan termakan emak semut anak 7 membuat janji (kira macam Unbreakable Vow:Jampi Harry Potter) ngan isterinya akan menjaga anaknya bak Anakku Sazali. Jaga anak pada istilahnya:Ada dengan anak SETIAP MASA..did i mention anaknya pompuan?

Mula dari sinilah ceritanya berputar....

END SINOPSIS
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

REVIEW

Sebuah lagi hasil marbeles dari En Adflin. Sblom ni mmg cerita Buli (bukan Buli Balik..sebab Buli Balik dan Sumolah agak S*ck..sory to say.~) mmg mengkagumkn aku..mmg lucu abis, but dalam gelak2 ada maksud yang mendalam..kisah tentang rasa bersalah, ignorant dan macam2 lagi..Dan lakonan + gedikan antagonis mmg xleh blahh~..yang best taim cheerlead pompom tu dan lawak longkang..sape xpaham xleh bwat apa2 la....too many good things in this movies..mmg patut dapat anugerah..Tahniah!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengok lah cerita ni..tak rugi RM10 punya..kalo ada kad student leh dapat RM6..kan murah tu..bli cetak rompak xsama feelingnya dgn tgk wayang..bwak kawan skali yee...

Bintang: 4 1\2 bintang untuk cerita ini...YEAH!!

Nota Lutut: Jangan kuar bila dah abis yee...Part Que dgn Liyana masa last2..(teddybear kat baju scene) mmg lawak..tgk muka Que yee...

Cinema Review: Jerit Sakan a.k.a Histeria

posted under by Ayenxz Abraham











HISTERIA



Okeh...aku nak review movie yang aku baru tengok....ye la...selagi ingat kan...kang dah tengok citer lain dah xingat plak pasal movie ni kan...almaklum la ...aku ada sikit2 memory lost sejak terminum kopi bersemut kat rumah aku...lepas ni kalo jumpa tenggiling bleh panggil "Ey Kawan..WassuP...Ada jumpa Busut baru x?"...xlawak ke...jap lagi aku citer apa kaitan busut ni...continue with the review then....


Alkisahnya...7 gadis genit and gediks yang mencari pasal dengan membuat pemujaan dekat busut...(ha...kan aku dah kata..bukan tenggiling je yang cari busut...)...pastu dia ada baca mentera...yang klakor nye ...2 orang daripada gadis tersebut adalah BUTA HURUF...kesian....

pastu pas baca....salah sorang kena rasuk....

kerana terlalu gedik...mereka didenda...tinggal di kawasan sekolah yang telah dikosongkan kerana cuti penggal.Fakta Klakor no 2: Berapa bangang la cikgu dia suruh pompuan tinggal kat bangunan sekolah yang dah xde orang....nak bagi orang rogol ke...Diorang kena bersihkan kawasan sekolah....Untuk menjaga mereka...mereka dibekalkan oleh cikgu lelaki (ni lagi satu bangang...mana la ada skolah pompuan warden lelaki...)dan seorang ustazah yang boleh mendengar perut menyanyi....(<---Clue:Tengok Iklan Kat TV)

Eh..ada lagi sorang...pengawas bernama Caterine Zeta Johan...lawak kan...better amik middle name je la...

Kesueyan (kemalangan) bermula apabila salah sorang dari Gedikz (nice teamname wat..?) cuba memeluk sekor kucing....lantas kucing itu membuat perkara tidak senonoh keatasnya (tidak ditunjukkan di skrin...phew~~) dan bertukar menjadi momoks yang kijam gile...Actually...momokz tu mempunyai abiliti menukarkan darah kepada air Ribena..mungkin akibat menggigit kanak2 ribena berry ( orang tua berlagak muda)...mwahahaha....



End of Synopsis

Ada beberapa kepelikkan pada movie ini...

1. Aku rasa 6 orang tu orang Islam...xkan xreti baca ayat-ayat Al Quran kot.? (ops..pengarah bangsa lain...patut la..)

2. Telepon publik xbleh tepon Polis? Hanset abis kredit xleh tepon SOS? kompius....

3. Pisau menyerong memotong melintang...hmmm (jangan pikir bukan-bukan)

4. Heboh kata filem ada adegan LesBos...tapi 2 saat dan kena potong...pastu hype kat surat khabar la...apa la...NAJIS!!

5. Hero lelaki paling sengal abad ini....

Aku syorkan korang pegi tengok dan kaji sendiri...(Ah...jangan kata aku x promote lak...)

Bintang atau Binatang

Jeng jeng Jeng.....3 Bintang = Buat Drama TV la WEH~~

Related Posts with Thumbnails
top