Som Tam Papaya Salad.....

posted under by Ayenxz Abraham

Som Tum atau Som Tam adalah kerabu yang diperbuat daripada betik atau papaya..Ia juga dikenali sebagai Tam Mak Hoong..(Tamak Hong?) literally means Tam (tumbuk) dan Mak Hoong (ibu kepada Hoong?....salah!! ...maksudnya Papaya a.k.a Betik)

Rasanya agak pedas dan masam kerana ada jus limau dan cili padi...mangaiii...nasib baik x letak wasabi....

Bahan yang lain ialah Nam Pla (sos ikan = masin ) dan gula untuk rasa manis...

Banyak lagi bahan2 yang dia letak...contohnya, tomato, bawang putih dan lain-lain...kacang ditambah untuk menghasilkan rasa yang lemak dan rangup untuk dikunyah..ditambah dengan kerangupan betik muda yang dipotong halus yang menyerap rasa dan kelazatan bahan perasa sudah pasti membangkitkan selera anda...(chewah...kan dah meleleh air liur.....sedutttt....)

Apalagi....Resepi Som Tum untuk di try

Bahan-bahan

3 sudu besar Nampla (sos ikan)...beli je kat kedai, pasaraya berdekatan anda
3 sudu besar jus limau nipis
60 gm udang kering..yang basah xmau
80 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak)
8 tangkai cili padi...cili gandum xmau haa...
3 biji bawang putih
3 tangkai kangkung...nak xnak sukati la
3 tangkai kacang panjang
3 kelopak kobis bulat
300 gm betik muda- diparut halus memanjang
3 sudu besar air asam jawa
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara membuat

1. Tumbuk bawang putih bersama cili
2. Masukkan kacang panjang, jus limau nipis, nampla dan air asam jawa.
3.Tumbuk jangan sampai hancur. Masukkan udang kering, gula dan kacang tanah.
4. Proses tumbuk ini mesti ada skillnya untuk mendapatkan Som Tam yang sedap.Tumbuk jangan terlalu halus.
5. Masukkan betik dan tumbuk. Gaul bersama bahan-bahan yang lain. Gaul secukup

Cuba jangan xcoba....

0 Komen Mengomen

Make A Comment
Related Posts with Thumbnails
top