Novel Tak Siap Dari DDZ 39,,,,Compilation

posted under by Ayenxz Abraham
Ni cerita bersambung2 yang diceritakan oleh pelbagai orang dari seksyen 39....mostly lelaki la...cerita suka2...tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang masih meninggal..kalo ada mungkin disengajakan bagi menambah spices...YeeHaaa....mari baca ok?


Ceritanya: Malam itu hujan dan gelap..Kereta Hafiz (bukan nama sebenar)meluncur laju dalam kegelapan itu...sedang asyik mendengarkan lagu dari corong radio,

Tiba2 kedengaran lagu baru oleh Penyanyi hip hop terbaru, CoCo..

"Aku ada kayu hikmat...
Kalau pukul sekali nak dua kali..."

Hafiz meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.

GEDEBUK... Hafiz melanggar sesuatu...

"Ya Allah... aku langgar Azizi!!!"

'ape aku nak wat ni?'....hapiz keresahan...lalu lagu chocho telah merasuk hapis utk bertindak membuang 'mayat' azizi ke dalam longkang yg disangkakannya sebagai sungai Pahang yang mempunyai kedalaman hanya setengah meter (ala2 longkang belakang rumah).Akibat rabun malam yang kritikal,dia tak dapat memastikan bahawa benarkah azizi...btol2 mati ke sengaje wt2 pengsan akibat perlanggaran yg tidak d sengajakan td

lalu Hafiz pn...
turun utk melihatnya.. Rupa2 nya Bukannye Azizi tetapi Paly (bkn nama sbnr). Akibat daripada kegelapan malam dan wajah yang tidak kelihatan, menyebabkan Hafiz menyangkakan yg dia melanggar Azizi. Dia pun check. Dia pun berkata, "Alaaa.. Betul2 dah matilah... Nasib baik aku bukan langgar Azizi....Tapi, Paly... Bagus jugak.. Takyah susah2 aku nak bls dendam kat dia". Dia pun meneruskan perjalanannye balik ke rumah dengan hati yang gembira.

Tibanya dia di rumah, dia terlihat ramai org berkumpul di rumahnya. Dia terkejut apabila dia ternampak kelibat Paly berada di situ. Dia pun berkata, "Nasib baik bukan Paly, tapi sape yang dia langgar tadi??? Tapi memang pasti tadi tu Paly." Takkan lah yang kat rumah ni..
hantu?!

"Tak Mungkin Hantu.....!!"

Hafiz benar2 yakin yg dia dh langgar Azizi yg tengah membonceng skuter Oren yg sgt menyerlah (walaupun waktu itu sungguh gelap).

Tapi Mayat itu pula adalah mayat Paly.

Kenapa keadaan ini berlaku?

Hafiz semakin bingung...

Hafiz kembali ke tempat kemalangan untuk check sekali lagi.
Jadi bermula lah pengembaraan Hafiz bagi memastikan sape sebenarnye yang dia langgar.Tiba di tempat kejadian, Hafiz mencari smula mayat yang dibuang tadi. Puas dia mencari, tapi tetap tidak jumpa juga. Dia kembali ke dalam kereta. Tiba2 dia terjumpa sekeping sampul surat bewarna merah di tempat duduk sebelahnya. Dia pun membuka dan membaca surat tersebut. Di dalamnya tertulis...

"I KNOW WHAT YOU DID THIS NIGHT"


Hafiz menggigil ketakutan sehingga seluarnya kebasahan. Tiba2 pintu blakang keretanya terbuka sendiri. Dia menoleh ke belakang. Dia ternampak

Satu lembaga hitam duduk ditempat duduk belakang keretanya. Lembaga itu bewarna hitam. Mempunyai taring yang amat panjang. Hafiz memberanikan diri, cuba melihat disebalik wajah yang menakutkan itu. Tapi dia tidak dapat mengecam kerana sungguh gelap wajah lembaga itu. Amat menakutkan dan mengerikan. Lembaga hitam itu hanya menjeling kemarahan kepada Hafiz.

Tiba2
hafiz br bngun tido.... dia ckp.. " owh... aku mimpi pelik btol la"
sambil memandang roti bakar yg membuat aksi summersault & double kickflp dihadapan dia....

bila dia pandang kiri rupa2 nya choco tgh menjlnkan acara sumpahan voodoo ala2 bomoh kat rumah kon sambil menyanyi lagu salamiah hassan bercampur irama rap & R&B dgn menabur daun ganja kedalam roti sandwich telo mata yg pd mulanya jepp letak racun tikus utk diberikan pd naz.

azizi muncul seperti aksi hantu lawak dlm anime dgn menepuk-nepuk tangan dia keatas bahu hafiz seperti memberi isyarat " Sabar je la........" kemudian dia memandang ke kanan dengan muka kuyu sambil 'pause' selama 30 saat....tiba2 tersengih, menggeleng kepala gembira sambil melompat-lompat seperti kera disamping menyanyikan lagu "Lingga Dingga" kepada Pali yang masih panas hati menyelesaikan assignment Mercy dihadapan komputer beliau....

Bab 2
-----


(Keesokkan Harinya)

Kota Bharu,Kelantan. 8 pagi.

Lyn sedang memandu kereta Kenari Merahnya untuk ke tempat kerja sambil ditemani Mr.Kent.
Sedang asyik mendengar radio yg berkumandang lagu baru coco, "kayu hikmat".Pandangan Lyn tertarik untuk meihat kt seberang jalan.. dan dia terlihat kelibat Azizi tgh naik Skuter Orennya.

"Tak Mungkin la...., watpe la Azizi nk datang sini?" keluh Lyn.

Lyn pun meneruskan perjalanan ke tempat kerja.Sementara itu, keadaan di rumah Hafiz masih kelam kabut.Keliru dengan mimpi yg dialami... semuanya masih terasa seperti benar.

Jampi serapah Linga Dingga semakin kuat kedengaran...


Apiz yg kekeliruan pun menepon azz...

'zz,aku mimpi aku langgar ko la smalam....seram sejuk aku...'

'hah??ko langgar aku??rosak x skooter aku tu??',zz brtanya

'skooter ko smpai jd besi buruk berwarna oren...,ape hah mksud mimpi ni..risau aku?'

tetiba naz dtg dan menyampuk prbualan org2 tua(antara apiz dan zz)..

'ikut kate wikipedia...kalo ko mimpi mcmtu,mksudnye ade org nak masuk meminang ko la apis'katenye dengan yakin skali

apiz terpinga-pinga...'sape le yg nak masuk meminang aku??'

'bad???or lyn???'apiz hmpir weng(walopun mmg dah weng) memikirkan hal ni...

so naz pun suggest...'baik ko amik lin,lin dah ade kete,bleh ko ronda2..bad tu baru nak amik lesen...'

'btul gak...ko mmg briliant naz...mcm orang tua'puji apiz..

sedap2 mereka bersembang...zz yg berada di panggilan ketensionnan...'apiz...ko nak smbang ngan aku ke ngan naz??!!aku ade hal ni, aku tgh kejar kete lin ni...aku nak tau kete dia or skoot aku lg laju...aku sanggup dtg KB tau semata-mata nak pastikan..'

naz dan apiz terperanjat, 'hahhh??!!ko ade kat KB???'

'aku tgh ckap smbil bwk skoot la ni'...kate zz smbil menggaru-garu perut di atas mtor yg sedang berjalan..(mksudnye,dia x pegang hendle lgsung...sbb sblah lg pgang henset)

tiba2...kelihatan seorang awek cun melecun menahan mtor azz di tepi jln...



Azz membrek dengan dahsyatnya sehingga makcik kedai menjual nasi dagang melatah sambil mencarut "Nate bewok"...Azz berhenti betul2 disebelah minah itu..Dia mengamati tubuh badan..eh,muka wanita itu dengan teliti.

"EH...ALIAH?"..."Biar benor!"

Wanita itu merapati azizi sambil ngoyak kelate...[trans]

"Bang...boleh tumpang x? Saya baru datang sini..xtahu tempat kat sini lagi"

dalam hati azizi mengatakan bahawa itu alia..tapi kenapa gadis macam xkenal siapa dihadapannya...lelaki yang dahulu pernah l
anggar Aliah sampai masuk hospital.

Teringat kembali peristiwa yg berlaku pada tahun 2007.

Ketika itu Azizi sedang membonceng Skuter Oren yg baru dibeli dari kedai. Tak sampai setengah jam membonceng..

"AAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........CRASHHHH!!!" (Berlaku Perlanggaran)

Kemalangan yg berlaku itu masih segar dalam ingatan Azizi.Adakah Aliah sudah hilang ingatan dan berhijrah ke Kelantan?

"Oh... Maafkan aku Aliah. Aku tidak mahu keadaan kau jadi begini!"keluh Azizi di dalam hati.

Wanita itu bersuara lagi, "Bang.. r u OK?! Bole tumpang tak ni?".

Azizi menjawab, "Boleh je... tapi aku nk kena kejar Kenari Merah tu dulu"...

"Kenapa kene kejar kenari merah?"Alia bertanya.

"Saja2 nak kejar, tak bley ke?"

Alia secara reflex menempeleng azz tanpa menghiraukan lalulintas ketika itu..

"Opps..sorry,saya mmg ada penyakit lempang x bertempat...mungkin side effect saya eksiden dulu.."..

Alia menjelaskan ketelanjuran perbuatannya sambil azz menggosok pipinya yang cengkung dan merah itu.

"owh..xpe..saya mmg dah biasa kene reject...eh,kena tempeleng...dah xde effect dah ..Cepat la naik,xyah helmet pon xpe..polis xkacau sini.."

Dengan pantas...alia membonceng moto scoot oren sambil diumpat oleh makcik gerai tadi.
Kenari merah itu berdesup perginye...tanpa menyedari dia tidak lagi diekori oleh Scoot hodoh berwarna oren."Ade ke skooter warna oren..betul xde taste betul" kata pemandu kenari merah tersebut.Setelah men"tune" radio keretanya ke Sinar.fm, lin tersebut menyanyi-nyanyi kecil sambil melihat Jam di keretanya.."cheh..mana perginya zizi ni....dia kat depan ke aku kat depan ni..."

Lin melihat cermin pandang belakang untuk memastian bahawa azizi tiada di belakangnya..Sedang ekor matanya mencuri pandang cermin tersebut,dia ternampak kelibat sesuatu di belakang seatnya...

"Eh Paly...?!! Apa ko buat dalam keta aku ni?" Lin menjerit kehairanan.

Lin semakin panik apabila orang yg disangkakan sebagai Paly itu tiba2 bertukar rupa.

Lin hilang kawalan keatas kenderaannya lalu terbabas ke sisi jalan.

"Arhkhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....!!" Lin menjerit namun malang sekali tiada sesiapa dapat mendengarnya.

Azizi yg masih jauh ketinggalan di belakang cuba memecut untuk mencari Kenari Merah Lin.

Alia bersuara lagi "Kejar lain hari la.....", sambil tangannya melempang lagi muka Azizi.

"Tak boleh.... aku nk kena selamatkan Mr.Kent!!" jawab Azizi sambil menahan sakit kena lempang.

"Save Mr.Kent(buat sapa yang xtau..ni nama kenari merah la...).... Save The World!" tambahnya lagi.

Tidak jauh dari situ... sebuah bas ekspress berhenti untuk menurunkan penumpang.

Danakorn, seorang jejaka yang tampan dan gagah. Pulang ke KB untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Dengan langkah yang sungguh bergaya, Danakorn turun dari bas ekspress tersebut...


"Ziung...." Korn.....Tepi....!!!!
"Nate bewok~~"....jerit Korn...
Argh~~


Azizi yang hampir melanggar Danakorn telah melihat kelibat hitam sebelum terbabas ke longkang berhampiran....Alia yang sempat melempang barang dua tiga das sempat melompat sebelum ditangkap kemas oleh danakorn....

Lin dalam keadaan separuh sedar melihat kelibat manusia seakan bayang-bayang disebelahnya "muntah-muntah"....dengan kesan palitan minyak dibadannya....dia seakan hilang kawalan dan pengsan sebelum bunyi ambulan sayup-sayup kedengaran...

keesokan harinye,mereka semua berkumpul di dalam forum 39 untuk membincangkan bagaimana paly menyelamatkan mereka,tetapi,anehnya,pali berada di semua tempat pada satu masa..adakah dia sebuah..eh,seorang,eh,pe kata bilang bagi hantu?seekor?,eh,pape je lah,adakah pali hantu?mungkin die di klon sebagai agen47 dalam game hitman...itulah jawapan bernas nazerin..

yang lantas ditentang hebat oleh azizi...yang mengatakan mungkin pali menggunakan jampi Dingga Lingga yang terlarang untuk menduplikasi dirinya atau lebih tepat mencetak rompak dirinya sendiri...

Kemunculan orang minyak yang mengganas juga ada kaitannya dengan Sumpahan Dingga Lingga yang mengatakan bahawa sesiapa yang menggunakan jampi itu lebih dari tiga kali akan menjadi hitam berminyak laksana minyak hitam van pali yang xpenah tukar dari start beli van tersebut....

Oleh kerana ingin menebus kesalahan lalu...pali sewenang-wenangnya menggunakan jampi itu untuk muncul dimana-mana ada masalah...masalahnya suma tempat yang dia singgah meninggalkan kesan hitam misteri berbentuk punggung yang amat menyayat hati....


Tetapi..di manakan Mr.Kent?

Dihadapan komputer sebuah makmal komputer,seorang manusia lelaki sedang gelak kejam melihat sesuatu di skrin monitornya.....

seorang manusia lelaki sedang gelak kejam melihat sesuatu di skrin monitornya.....

cahaya biru dari monitor memancar ke muka lelaki tersebut.

Wajahnya yang lurus serta berkaca mata itu tidak menampakkan dirinya seperti seorang yang saiko. Berketinggian 185cm dan bertubuh slim.

"Masih ada beberapa perkara yang perlu aku diselesaikan... dan selepas ini, Kuasa itu akan jadi milik aku!! HAHAHAHAHA!!", lelaki tersebut membebel sorang2..

Kemudian seorang lagi memasuki makmal itu sambil berkata, "En. Anuar.......Mr. Kent dah hilang!!"

"WHAT!!!!?? macam mana bole hilang? ko ni reti main badminton je... suruh tangkap orang... hampeh!!!" , Anuar membebel lagi.

Zasss.... "Adehh... ko ni apesal?" , Tengking Anuar selepas di libas dengan raket...

Lelaki tersebut menjawab....

"Sukati aku la...."

.....

Dibilik lain dimakmal yang sama...

Chocho
sedang melihat filem porno yg dilakonkan oleh paly dan apis....dia begitu kusyuk sehingga tidak perasan muharam sedang melihat tingkah lakunya...lantas dengan pantas muharam join sekali melihat filem yg menarik itu...tiba tiba pintu rumah merekat diketuk...tok-tok....

tok..tok..tok...
kedengaran ketukan di pintu....
coco n muharam pun saling berpandangan...
smbl berpikir siapa atau ape mende yg dok ngetuk pintu????

tiba-tiba..dong..dong...jam di dinding berbunyi menunjukkan pkul 12tgh mlm...membuatkan,mereka terketar2 di tmpt duduk mereka...

mereka saling srh menyuruh antra 1 sama lain.
muharam berkata,"coco,ko p r bka pintu....".
coco menjawab...asl aku lak???? ko lak p bka???

sdg mereka sibuk bertelangah....
kriuk..bunyi pintu terbuka....

msg2 dh ketakutan yg amat sgt...apakah bnd di sebalik pintu yg terbuka itu???

Tiada sesiapa yang muncul dari pintu tersebut...Bau hanyir darah pekat menyelubungi ruang...sekilas tiupan angin menyambar muka membawa bersama kehanyiran darah yang tidak kelihatan...

"Siapa?...Siapa tu"

Muharam terketar2 cuba memanggil sesuatu yang dia sendiri tidak pasti akan kewujudan benda yang diserunya....Chocho berambus ke bilik air untuk melepaskan hajatnya yang tertangguh sekian lama.Dia seakan tidak pedulu dengan apa yang berlaku.

"Tap..tap..tap...Screech..." Bunyi cakaran dan tapak kaki kedengaran di luar rumah...

Angin mendayu-dayu membawa lolongan anjing yang seakan2 takut untuk memberitahu bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku. Bau hanyir bertukar kepada bau busuk seakan bangkai...Muharam cuba mengumpulkan keberanian dalam dirinya untuk melihat siapakah yang cuba menakutkannya..

Bulan yang sayu pada malam itu semakin pudar warnanya ditutup awan tebal yang mula menandakan bahawa sebentar lagi langit akan menangis...

"BOOOMMMM"

Cahaya terang memenuhi kawasan tersebut diikuti terpadamnya lampu dan segala peralatan elektrik.

"Sial",getus Muharam.."Aku bayar bil la!"

Dalam kepekatan malam yang makin sial..Muharam meraba-raba mencari sumber cahaya untuk menerangi malamnya yang semakin bangsat dirasakan.

"Ah..malam ni Malam Jumaat Kliwon! Aku memang cari nahas!"Bisik Muharam kepada dirinya.Choco yang masih ditandas tidak bersuara..

Sedang asyik Muharam mencari lighter peninggalan Chocho..bunyi tapak kaki semakin lama semakin menghampirinya..Dia tersentuh sesuatu dan lighter dicarinya telah dijumpai..

Dia lantas memetik lighter tersebut..Kchis...Khcis..KHcis..dan akhirnya menyala...Dalam kesamaran cahaya dari lighter tersebut,dia melihat sesuatu,

"Eh...darah"
"Aku dah pakai tampon,mana ada darah"

Dia mengekori titisan darah tersebut hingga sampai ke tandas...

"Argh!!"Jerit Muharam...

Sekujur tubuh dengan beberapa torehan di badan dan kaki..menggelepar di dalam tandas tersebut..

"Muharam...Tolong..."

Chocho yang berlumuran darah dan lemah cuba untuk meminta tolong dari Muharam...

Muharam lantas memberikan pertolongan kepada chocho..dan tanpa Chocho sedari,Sebilah screwdriver tepat menembusi perutnya.

"Kau...Muharam..."jerit Chocho..
"Bukan kita....!!"

"mmg la bukan kita...ko sorg je yg tikam aku.."jwb coco trketar2 mcm org nervous buat presentation...

"bukan kita la.."muharam ulang balik ayat tu dgn begitu tkut...tnpa menyedari sluarnye dh basah...

tiba2...ade org yg menepuk dahi muharam dari belakang..(walopun dahi muha ade kat dpan)..."aduh!!!!"...muharam pun mula rase pening2 mcm nuar naik buaian berpusing kat genting, dan pengsan sejurus selepas itu..

"laa...bleh lak dia pengsan time ni...bukannye nak tolong aku",rungut coco...lembaga yg menepuk dahi muharam itu makin menghampiri coco...trdengar suara gelak sinis..."heheh...baru ko tau coco...baru puas ati aku...aritu ko oderkan aku teh ais gelas kecik kat kdai mkcik,tp ko punye glas bsar punye...aku x puas ati tau!!"

dalam keadaan yg gelap gelita itu...coco masih dpt cam org yg brcakap itu...

"zizi....ko...sanggup ko tikam aku..."

"hahaha...baru kau tau...sbbkan peristiwa aritu,aku dah x suka teh ais dah...ko sakit ye...baiklah,biarlah aku tmatkan riwayat ko skrg!!!"

elok2 zz nak tikam coco,tgnnya telah ditangkap oleh seseorang..

kelihatan seorang lelaki yg berbadan besar dan sasa(agak kacak)memakai kain tuala di belakang mcm superman,kecuali superman paki spender kat luar...tp dia pkai boxer kat luar..dan tertera huruf 'N' di dadanya yg x berbaju itu..."jgn risau..saya bukan along,saya cuma nak tolong!!"katenye dgn bangga...

"Aku MR.N... dan screwdriver ni.. aku sorang je yg bole pakai..!!",Jawab lelaki misteri tersebut.
"Walaupun aku semput masa panjat bukit waktu gi mandi laut... tapi akula super hero sebenar dan screwdriver ni masih ada tugas yg belum ia selesaikan...".

Selepas dia mengambil screwdriver dari tangan Azz, Mr.N terus melarikan diri melalui lubang jamban di tandas yg berdekatan.Coco pula telah pengsan kerana terlalu panik akibat hampir2 di tikam ngn screwdriver.Azz pun segera meninggalkan makmal tersebut yang ntah kt mana la lokasi sebenar...

Semuanya masih kekal misteri dan apakah kaitan lagu baru coco yg berkumandang di radio dengan kejadian2 yang telah berlaku ini..dan mimpi yg dialami oleh Hafiz merupakan kunci yang mampu menyelamatkan dunia.

Malam tersebut tidak berakhir dengan mudah.....

Azz yang masih lari ketakutan memecut laju ke longkang berhampiran untuk melepaskan hajat yang telah lama ditahan....bukan niatnya ingin menikam chocho tapi oleh kerana sambal makcik yang semakin hari semakin pedas dirasakan membuatkan perutnya yang nipis laksana perempuan yang baru lepas melahirkan anak....

Oleh kerana terlalu laju memecut...dia tersadung dan terjunam ke dalam longkang yang maha busuk itu...oleh kerana orang kampung turut juga menggunakan longkang itu sebagai tandas mudah,maka saki baki makanan orang kampung semalam masih ada disitu...

Mukanya yang cengkung laksana penagih dadah xdapat pit itu diselomosi (a.k.a dilitupi) oleh ketulan dan cairan kuning berbau neraka...

"Argh...malang betul nasib aku.."

Zizi yang busuk dan melekat dengan benda haram jadah tu dengan segera bangkit dari belly flopnya dan muntah darah akibat kebusukan najis orang kampung itu...selepas muntah dan makan pil yang diperbuat dari arang,dia bergegas bangun meninggalkan lubang neraka buatan manusia itu.

Secara kebetulan, Alia dan sahabat baiknya Lela berjalan disebelah longkang tersebut.Mereka baru sahaja balik dari mengaji.Azizi yang baru sahaja keluar dari longkang itu berlari kearah Alia dengan harapan mereka menerima cinta...eh..memberi pertolongan kepadanya.

"Alia,Lela..tolong.."

"AhhhH!!!!!"

Kerana rupa zizi yang sungguh rupawan ketika itu,mereka berdua dengan reflexnya melakukan kombo Tekkan 4 kepadanya...alia yang masih belum sembuh dari penyakit lempang sesuka hati telah melempang azizi dengan halaju cahaya manakala Lela telah menghubungi bonzernya En.Nq 38 untuk bersama memijak perut azizi..

Beralih ke situasi lain..Mr.N yang berada dipembetung underground new York sedang membetulkan pc nya yang baru serta menambah H.D.D nya sebanyak 10 Terabyte..misinya hanya satu dan misinya perlu kekal sebagai misteri...

Hafiz terbangun dari tidurnya semata-mata untuk pergi kencing dan kemudian tidur semula...

Palitan Minyak misteri semakin menghantui hidup Lin kerana setiap kali dia pergi menukar minyak kenderaannya, tangannya mesti terkena minyak hitam..dan apabila dia memasak di dapur,dia fobia melihat minyak masak..dia juga dilaporkan takut melihat minyak gamat serta minyak lintah...

Berhampiran kampung lakL*k..berdekatan kedai makan Pak Mat..seorang lelaki kelihatan sedang mencampurkan sesuatu kedalam kari pak Mat..senyuman sinis dan misteri kelihatan jelas pada muka lelaki itu yang tak berapa licin...

Keesokkan harinya..Pak Mat dan anaknya, seorang lelaki yang kurang tinggi tetapi bertubuh sasa mula membuka kedainya..

dan terus memasang televisyen.

Berita TV3

"Seorang Lelaki ditemui mati berhampiran Longkang. Mangsa Di percayai mati akibat dilempang dan di pijak secara kejam, sebelum mayatnya di biarkan di tepi longkang tersebut.Mayat Mangsa yang dikenali sebagai Azizi kini di bawa ke Hospital untuk bedah siasat. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan...
Motif pembunuhan masih tidak dapat disahkan..

ibarat Kera Di Hutan disusukan, anak dirumah main playstation..

Sekian Berita Terkini.. Saya Karam Singh WaliWali, Assalamualaikum"


Berita di TV malam tu amat panas...bukan kerana Karim Sign HeyWaley2 menunjukkan bulu dadanya yang berbentuk S tetapi berita pembunuhan Azizi yang sungguh kejam tersebut..

Kata-kata terakhir yang dapat azizi dengar ialah,"Pegi mati la dengan skuter Oren ko...aku ada benz la beb,pastu berat badan aku +70kg berat ko tau x,dan aku pandai programming Java dan Puan YM Raja suka kat aku tau.."

Mata azizi semakin kelam...bunyi gelak kiut2 dan nyaring2 didengar semakin jauh...Azizi berkata dalam hati..."Aku xbleh mati,aku xsemayang lagi..cerita aku download pun xhabis lagi...sapa nak bayar streamyx aku...kesian la bapak aku xde anak lelaki.."

Sebuah bayang membawa sabit semakin mendekati Azizi..dalam kekaburan malam itu yang masih berbau tahi...azizi mengerahkan kudratnya untuk bertanya kepada bayang itu,

"Encik ni Death ke?

Bayang2 itu menjawab "Death abah mu,ambo datang sini nak tebas lalang utk lembu ambo,mu jange nok ngarut,karang ambo bawok munyit ambo peghi Islam Hadari baru tau"..."Pulok!!"

Azizi lantas disepak semula ke dalam longkang tersebut tanpa berfikir 2 kali.Mr.N yang kebetulan ingin mengebom orang kampung xbermoral yang tak reti pakai toilet itu ternampak tubuh azizi yang dihurungi lalat.dengan rasa kesian,dia menyeret azizi ke sebuah lubang yang sangat dalam..

Muharam yang kebetulan lari dari tuduhan membunuh juga terserempak dengan Alia dan Lela..Akibat terkejut dengan darah yang ada pada tubuh muharam, ...mereka (korang tau apa yang jadi kan?)

Oleh kerana kecengkungan yang agak sama, dan pada ketika itu Muharam baru lepas mengambil dompet azizi yang tertinggal selepas azizi cuba untuk membunuh chocho..dan acara pijak memijak yang kejam...maka muharam amat kelihatan seperti azizi ketika itu,idola yang dia teringin sangat nak jadi...

Hafiz bangun dari tidurnya untuk kencing dan tidur semula..misteri yang perlu dihuraikan
Hafiz bangun dari tidurnya untuk kencing dan tidur semula..
Dalam sehari, Hafiz menghabiskan hampir 22 Jam untuk tido.. lagi 2 jam adalah untuk makan dan buang air.Kuasa Misteri yang tersimpan di dalam diri Hafiz masih belum diketahui olehnya sendiri. Hafiz sentiasa merasakan mimpi yg berlaku seperti benar dan ini adalah kerana dia mampu mengawal semuanya ketika bermimpi.

Nasib baik la dia tak mimpi basah. Kalau tak , ntah apa yang akan berlaku nanti..

Tentu la pagi2 dia kena jemur tilam. Dah la sebelah umah ada anak dara cantik. jatuh la saham klu diorg tau yg dia terkencing atas tilam.
jika tidak...habisla tilam vono yg baru dia beli dr lowyat yg berharga mencecah 3 angka...

lalu apiz pun trjaga semula utk menampar nyamuk yg hinggap kat pipi pali sehingga lebam2 muka pali yg dikatakan oleh dirinya sendiri sebagai amat kacak itu...lalu dia tido semula.......

dalam tidurnya...dia mimpi dia terjaga dari tidurnya,kemudian dia ke tandas untuk kencing dan kemudian dia kembali tidur...dalam mimpinyaTanpa dia ketahui..ibu dan bapanya ada disebelahnya sambil menangis..

Tanpa dia ketahui..ibu dan bapanya ada disebelahnya sambil menangis..

"apiz....nape ko asyik tido je...ko x puas lg ke tdo dlm perut selama 9 bulan..."
apiz masih lg buat2 x dgr...
"apiz...bangunlah...."pinta bondanya....
oleh kerana apiz yg sedang berselimut seluruh badan itu masih x bgun2, parent dia pun membuka selimut apiz,dan amatlah teperanjat mereka berdua apabila mendapati yg tubuh yang disangka anak mereka itu rupa2 nya hanyalah bantal yg disusun mengikut bentuk manusia...

"apiz dah lari dari rumah!!"

lantas mereka menefon FBI,memanggil karam sigh wallay2 hee TV3 utk buat laporan dan memberitahu ketua kampung berkenaan dgn hal tersebut...

mereka x tau yg sebenarnya hapiz tgh sedap tdo di bwh katilnya itu...


bersambung pada post akan datang....

0 Komen Mengomen

Make A Comment
Related Posts with Thumbnails
top