Mari Main Game 1: Half Life 1

posted under by Ayenxz Abraham
Yay....subjek yang paling aku suka.....Main Game...wahahahaha.....




Kita mulakan dengan game ni....Half Life 1








Di sebelah ini....namanya pakcik Gordon Freeman...Pekerja "Bisu" yang kerja di Research lab kat Black Mesa, Ulu Sungai Kinta , Uganda , Afrika Utara (fakta dibuat2..) ...Setelah berlakunya "Unforseen Consequence" di Makmal tersebut, di mana dimensional gate kepada dunia asing (bukan Ah Seng) telah terbuka dan belambak2 resakse yang masuk melalu gate tersebut,En. Gordon berhempas pulas cuba memulihkan masalah yang timbul..yang magiknya,dia xyah cakapa apa2..orang paham je..pelik kan?Adventurnya bermula selepas dia tolak troli supermarket yang berisi anomalous material, dan tebabom...suatu keadaan yang dipanggil "resonance cascade"(jangan tanya..)berlaku, membuka gerbang antara bumi dan Xen,planet Resakse pelbagai rupa...








Masa letupan tu, Gordon xmati kerana dia pakai suit HEV ( Hazardous Environment suit )...korang tanya apesal dia xtelepon bomba ke apa ke? Oh...lupa nak story moli...lab nye bawah tanah, dia pegi keje naik tren ala monorel (ding dong...stesen seterusnya:Black Mesa,DiGi,always with you...ha yang blakang tu masuk lagi....) Selepas berlakunya "resonance cascade", semua talipon, telegram, sms,mms 3G,WiMax,WiFi...xleh pakai....so untuk dapatkan bantuan, si Gordon ni try naik ke surface, macam ikan nak udara...


Macam luka ditambah garam....kerajaan (ini bukan politik..) telah mengeluarkan amaran supaya semua alien dan pekerja black mesa dibunuh.... Hazardous Environment Combat Unit, nama sojarnya telah dikerahkan membunuh sesiapa yang keluar dari tempat tu...alien ke,orang ke,biawak ke,salesman ke, Angelina Jolie,Brat Pit,Michael jackson......(dah2 tu..)...suma2 kena...waima makcik nasi kerabu sekalipun...

Tetapi..kawan2 jangan risau...ada protagonis (orang baik) yang menolong Gordon dan memanggilnya Freeman...cheh, nak free je...Gordon terpaksa bergegas ke sebuah lagi fasility bernama Lambda Complex untuk melancarkan satelit yang akan menerbalikan proses resonance cascade...Setelah melancarkan roket tu....Gordon nak keluar dari fasility tu....ada ninja...(betul...ko ingat aku memain ke....) pukul curi dan menyebabkan Gordon pengsan...iskh x3..kesian...


Pastu dia kena campak dalam garbage compactor...macam Wall-E tu...tapi lagi besar macam Wall-A..punya kelangkabut....dia berjaya keluar...nasib baik...Yang sedeynya...satelit tu gagal...so dia terpaksa kembali ke Lambda Complex...gadoh2...tembak2...sampai jugak...Sesampai je kat situ, saintis Eli Vance dan kawannya dah berjaya bukak portal ke Xen...so berbekalkan HEV suit yang bagus mengalahkan baju angkasawan dan jetpack...dia pun berambus ke Xen bagi menamatkan bencana tu....

Kat Xen,ada raksasa besar mak kepada head crab memburu Gordon...gado2, tembak2...last2 jumpa satu toyol nala punya besaq bernama Nihilanth, ketua planet Xen...dia la gatal2 tahan gate tu bagi anak buah dia serang bumi....berlatarbelakangkan lagu Toyol nyanyian Sudirman (masa ni aznil xnyanyi lagi..) En.Gordon pun berusaha meletupkan kepala Nihilanth..

...pada akhir permainan Half Life, setelah Gordon berjaya membunuh Nihilanth...makhluk besar gila yang macam toyol pun ada...seorang karekter misterius muncul selepas letupan yang menandakan matinya Nihilanth..Namanya G-Man ...dan dia xde kena mengena langsung dengan G-Spot atau Mister Gee....mengoffer Gordon untuk kerja dengan dia....masa ini pemain ada 2 ending..

1. Setuju dengan request G-Man: Gordon Masuk dalam portal dan terawang2 dalam monorel xberpenghujung...ada notis:"Subject Freeman. Status: Hired. Awaiting assignment."

2. XSetuju: G-Man hantar balik kat Xen,dikelilingi resakse yang ramai.... "Subject Freeman. Status: Acceptance terminated."


dan ceritanya bersambung pada HALF -LIFE 2.....Nak tau sambungannya...Stay Tune okey?
Review:

Aku suka giler dengan siri Half-Life....garapan cerita dia best, weapon best, ada puzzle dan bukan melulu tembak2 je....ada strategi...kecuali main Cheat boley la....ceh...Grafik dia mengagumkan...lebih2 masa siri Half Life 2....

Aku Bagi 4 1/2 bintang....setengah untuk ending yang tergantung...penat aku tunggu bertahun2...

0 Komen Mengomen

Make A Comment
Related Posts with Thumbnails
top